Selasa, 31 Ogos 2010

:: Mari belajar Sembahyang ::

Salam 1 Malaysia!

Apa khabar semua? Belum terlambat untuk kami mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53!! Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Hari ini Ustazah Azmatun mengajar murid-murid pramutiara cara-cara sembahyang. Iman muda nya adalah adik Muhammad Alimin.Jom layan gambar dibawah..

Comelnya Alimin dan Alya Batrisya

Ustazah tengah ajar cara nak pakai telekung sembahyang

Mari belajar sembahyang

Takbir Ratul Ihram

Aik..imam tengok ke mana pulak tu?hehe

Ustazah ajar cara nak mengangkat takbir

Kena berdiri elok-elok kata Ustazah

Ada antara mereka yang dah pandai sembahyang

Ada gaya seorang imam muda tak adik Alimin ni?

Rukuk pula

Cikgu Laila pula ajar cara Rukuk yang betul

Haa..baru betul Rukuk nya

Duduk antara 2 sujud

Sujud pula

Yang ni tak tau nak cita apa..fikirlah sendiri..hehehe

Dari pandangan atas

Imam tengah Tahiyyat Awal..makmum duk sujud lagi..betul la tu :)

Ustazah sabar memperbetulkan apa yang silap

Suci jer muka Alimin ni..Bakal imam muda 20tahun lagi :)

Selasa, 24 Ogos 2010

:: TEMA KEMERDEKAAN ::


                                                               Bendera Malaysia


                                     Allahyaraham Tunku Abdul Rahman  Putra Al-Haj
                                             Perdana Menteri Pertama


                                    Allahyaraham Tun Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussein
                                              Perdana Menteri Kedua


                                                     Allahyaraham  Tun Hussein Onn
                                                Perdana Menteri Ketiga

                                                      Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
                                             Perdana Menteri Keempat

                                               Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
                                              Perdana Menteri Kelima 

                                                     Datuk Seri Najib Tun Razak
                                                       Perdana Menteri Keenam      

 ~ MEMPERINGATI DETIK SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA ~ 


Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.
Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.

Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan. 

- Pengistiharan Kemerdekaan - 


Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.
Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.   
7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.
9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.
Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.
Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.
Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.
Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah  Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci. Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka! 

Nota Kaki : Maklumat ini di ambil dari laman web i-putra.com 

Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengalukan seruan Merdeka! pada 31 Ogos 1957. 
Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera Malaysia dicipta pada 1947.

                                     

Rabu, 18 Ogos 2010

:: PERIKSA MATA & SAMBUTAN HARI LAHIR ANIQ HAMIZAN ::

Haii..Assalammualaikum kawan-kawan :)
Nak tahu tak? semalam saya terjumpa kembali gambar-gambar ini. Ini adalah gambar semasa misi-misi di Klinik Pergigian Hospital Parit Buntar datang ke Prasekolah kami untuk membuat pemeriksaan kesihatan pada 11 Mac 2010. Seramai empat orang misi yang cantik dan ramah mesra itu telah memeriksa semua anak-anak murid kami. Mereka memeriksa mata,telinga,kuku,kepala (nak chek ada kutu ke takda..hehe) alat sulit budak lelaki dan tak lupa juga memberi murid-murid yang berumur enam tahun minum ubat cacing. Tengoklah aksi-aksi menarik di bawah ini. Seperti biasa cikgu-cikgu pun tumpang posing sama..hehe 




Anas Firdaus tengah chek mata..nampak tak??

nampak tak itu huruf apa???

Giliran Adam dan Irfan pulak check mata

wajah suspend dan ceria menunggu giliran

Dari kiri: hai nama saya Adam Akram! kanan: Kimi murid 4thn yang manja

Wajah anak-anak kami yang kuat makan! hehe
atas tu gambar Irfan tengah chek 'anu',yg bawah tu pula gambar Danish tgh minum ubat cacing

senyummm..!! alahhh..gambar sebelah kiri tu tangan Kimi dh tutup muka Cikgu Ika laa..

 Misi tengah suap Arsyraf dan Alimin minum ubat cacing!aik Cikgu Laila dan Cikgu Ida tgk
mcm nak jugak jer..hehe

Sebahagian wajah anak-anak kesayangan kami!

~ SAMBUTAN HARI LAHIR MOHD ANIQ HAMIZAN, MURID KELAS PRAZAMRUD ~

Pada 10 Ogos 2010, sehari sebelum kita semua menyambut Bulan Ramadhan yang lepas, telah diadakan sambutan hari lahir Mohd Aniq Hamizan bin Sukri yang ke-6 tahun. Mohd Aniq merupakan anak salah seorang guru di SK.Sri Kerian iaitu Teacher Rozaini. Sambutan hari lahir itu disambut dengan penuh kegembiraan kerana anak-anak prasekolah cukup teruja melihat kek Ultraman  Daina yang ditempah oleh mama Aniq! sedaaappp...
Sebenarnya gambar banyak lagi tapi dalam kamera mama Aniq la pulak! Ini jer yang ada..

Inilah kek Ultraman Daina yang sangat sedappp..menjilat jarii~!!

Kasih cikgu..Aniq bersama dengan Cikgu Laila

Kawan-kawan dah tak sabar nak mkn kek..tudia Alya Batrisya..licin pinggan!

Gambar waktu makan..nyumm..nyummms!!

Orang kuat dapur SK.Sri Kerian

Makan puas-puas yer..esok puasa dah!!

Selasa, 17 Ogos 2010

: AKTIVITI PRAMUTIARA ::

Hari ini Cikgu Laila mengajar murid-murid cara melipat origami kapal terbang kertas. Seperti biasa Cikgu Laila kena lah buat dulu kapal terbang kertas itu sebagai contoh kepada mereka.Bila semua dah siap, kami pun membawa murid-murid ini ke tingkat atas bangunan sebelah.Dari atas mereka pun melancarkan kapal terbang masing-masing.Masa ni memang best sangat sebab dapat melihat kapal terbang siapa yang paling laju dan perlahan. Murid yang berumur 5 dan 6 tahun mampu membuat origami kapal terbang kertas mereka sendiri, tetapi murid yang berumur 4 tahun perlu dibantu oleh guru.Jomlah tengok gambar-gambar sepanjang aktiviti itu dilakukan.

                                               Okey,mula-mula sekali kena lipat kertas dulu

                                           Tengoklah muka Asyraf tu..tak reti nak buat..hehe

                                           Ayie ni kalau buat kerja tak pandang kiri kanan dah

                                                     Cikgu..cantik tak kapal terbang Am??

                                   Apsal muka boring jer budak-budak ni,tak sabar dah nak main ke?

Taraa..dah siap pun sebahagian kapal terbang mereka

Semua nak tunjuk hasil kerja masing-masing

Okey sebelum kita main mari ambil gambar dulu..senyumm!!

Yeaay!! kapal terbang pun di lancarkan!alamak tak nampak pula kepala anak-anak ni,
maklumlah kecik sangat..hehe

Mana kapal terbang saya..cepat kutipp!!

Besar nanti saya nak jadi pilot la!! agaknya itulah yang dikatakan oleh Ayie!