Selasa, 17 Ogos 2010

:: PERASMIAN PEMBUKAAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN ::


Pada hari Isnin 16 Ogos 2010, SK.Sri Kerian telah melancarkan Perasmian Pembukaan Bulan Kemerdekaan untuk tahun 2010. Pada pagi itu, semua murid SK.Sri Kerian telah berkumpul di dewan sekolah. Majlis tersebut telah di rasmikan oleh Puan Hajjah Munah bt Saidin ( Guru Besar SKSK). Tema kemerdekaan pada tahun ini ialah 
'' 1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI". 

Jom Layan Gambar Dulu..!!


Inilah wajah anak-anak Merdeka! Bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang!

Rabu, 11 Ogos 2010

:: MARI BELAJAR MENGIRA DLM BAHASA ARAB ::

Lagu kat bawah ni memang best! Anak-anak murid kami suuukaaa..sangat!!
Kalau pasang lagu ni diorang mesti ikut menyanyi sekali walaupun lirik nya tah apa-apa..tapi melodi tetap sama..hehe. Tapi diorang faham yang lagu ini mengenai bilangan nombor dalam bahasa Arab. Ada antara mereka yang sudah dapat menghafal nombor 1 hingga 10 dalam bahasa Arab.
 

:: KENANGAN GAMBAR MURID PRA 2008 DAN 2009 ::









 

~ Wajah-wajah anak kesayangan kami tahun 2008~


~Sukaneka Anjuran AADK Kerian 2008 ~

Isnin, 9 Ogos 2010

:: SALAM RAMADHAN ::

Tiada Cinta seindah cinta Ilahi…
Tiada rindu sedalam rindu Rasulullah…
tiada suara semerdu zikir…
tiada bulan sesuci Ramadhan..
Mohon dibuka Pintu kemaafan..


 Assalammualaikum...!!
Prasekolah SK. Sri Kerian Parit Buntar, Perak ingin mengucapkan 
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 
Kepada Semua Muslimin dan Muslimat
Kepada Semua Guru-Guru dan Kakitangan SK.Sri Kerian.
Tak Lupa Juga Kepada Semua Kawan-kawan,
Guru-guru Prasekolah dan juga PPM walau di mana saja anda berada.
Semoga Ramadhan tahun ini akan memberi keberkatan kepada
kita dan peluang untuk meningkatkan amal ibadah kita semua..

Tak ada kata seindah zikir
Tak ada bulan seindah Ramadhan
Izinkan kedua tangan bersimpuh maaf untuk lisan yang tak terjaga
janji yg terabaikan, hati yang selalu berprasangka & sikap yang pernah menyakitkan.
Maaf zahir batin. Selamat menunaikan ibadah puasa..~!!

:: MOH LER JELING - JELING KE KELAS PRAZAMRUD ::

~ Gaya anak muridku belajar di pagi Jumaat ~

Salam semua...
Inilah sebahagian murid-murid Kelas Prazamrud 2010.
Setiap hari Jumaat, mereka akan memakai baju kurung dan baju melayu..
Jom tengok aktiviti kami di dalam kelas..!!

Cikgu Normi tengah mengajar...
Amboi Hafiz..rajinnya baca buku!!
Peace yoo..3 teruna idaman malaya..hehe
Hai! nama saya Aiman..hensem tak saya??
Inilah gaya peace terbaru..depan belakang peace!!
Inilah Bakal Imam Muda kita 10 tahun lagi..Irfan namanya :)
Laa..Cikgu Ida duk mengajar, tapi anak muridnya asyik pose jer...huhu !!
Inilah P.Ramlee versi kanak-kanak.. :p namanya Anas Firdaus
'Pose' paling comel dari Aniq Hamzan..huhu !!
Alahai..anak dara siapa ni? Kalau nak tau ini la peminat Syahir AF8 no.1 ~ Imna !!
Senyuman manja dari adik manis kita..dari kiri Nurin,Ainin dan Nadia


Bila tiba saja hari Jumaat,tersenyum riang anak - anak ini datang ke sekolah.Bukan saja bersemangat untuk belajar tapi seronok nak bergaya dengan pakaian mereka yang cantik itu. Tengok sajalah wajah anak - anak kami ini ketika dalam kelas, riang sambil belajar. Moga apa yang cikgu ajar seminggu ini dapat difahami sebaiknya oleh anak - anakku tersayang...

Selasa, 3 Ogos 2010

:: SEKILAS PANDANG KE KELAS PRAMUTIARA ::

Hai kawan-kawan..!!
Memandangkan kami baru saja membuat blog ini,so kami nak share ngan korang semua aktiviti kami yang terbaru dan yang lepas..jom terjah~!!

     ~Aktiviti di Kelas Pramutiara 2010~

  
                                                Bestnya kawan-kawan buat kolaj kereta

                                                        Lutfi dan Am tengah lipat kertas

eh..ehh masam jer muka Ipin ni..

Rajinnya Adib dan Qayyum buat kerja

Taraaa..dah siap pun kolaj kita..kereta ku bewarna merah :)


 ~ Sambutan Hari Lahir Jasmin & Danish ~

Pada minggu lepas kami menyambut hari lahir dua beradik ini iaitu
Nur Jasmin bt Jemain dari kelas Pramutiara dan abangnya
Mohd Danish bin Jemain dari kelas Prazamrud.
Dua biji kek dan goodies bag telah diberikan oleh ayah mereka
 untuk kawan-kawan di sekolah.

Happy Birthday to Jasmin & Danish

Fuhh..!! ala Danish tiup lilin tak kuat la..Jasmin habis dulu..hehe
Yeayy..!! dapat coklat


~ Aksi anak-anak muridku di hari Jumaat 6/8/10 ~


Kalau awak semua nak tahu..murid-murid di pramutiara ini semuanya suka bergambar.Pantang cikgu bawak keluar camera,mula lah mereka pun akan berposing mengalahkan artis..!! macam-macam ragam..itulah anak-anak murid Cikgu Laila.Sebenarnya cikgu dia yang suka bergambar..anak- anak pun tumpanglah sekaki :) hehehe..!!! jom layannnnnnn...

                         Betul tak saya cakap cikgu dia suka bergambar?? hehe

ehh..gambar yang terakhir ni bukan cikgu suruh posing mcm ni,tapi diorang sendiri..amboii Alya Batrisya dgn Addyn..Sedondon lagi warna..hehe..kami usik diorang ni pengantin.Suka sangat si Alya tu..

:: PENGENALAN PRA SKSK ::


Assalammualaikum..
Prasekolah SK.Sri Kerian di tubuhkan pada Januari 2005 dengan jumlah pendaftaran murid 25 orang yang terdiri dari umur 5 hingga 6 tahun. Prasekolah SK Sri Kerian telah diperluaskan pada tahun 2008 dengan jumlah murid seramai 50 orang yang terdiri dari umur 4 hingga 6 tahun.Kelas-kelas tersebut telah diberi nama Kelas Pramutiara yang dibimbing oleh Puan Norlaila bt Yusoff manakala Kelas Prazamrud dibimbing oleh Puan Normi bt Hamzah. Guru-guru ini dibantu oleh dua orang Pembantu Pengurusan Murid yang terdiri daripada Puan Nur Shafiqah Ashikin bt Yahaya dan Cik Nor Wahida Fathan bt Wahi Anuar.