Selasa, 23 Jun 2015

:: Prasekolah 2015 ::

Assalammualaikum..

Setelah bertahun tidak aktif dalam penulisan di blog ini..kini blog Prasekolah SK. Sri Kerian akan kembali aktif..

InsyaAllah...!!

Selasa, 10 April 2012

Mari Berwudhuk.... bersama Ustazah Azmatun!!

Alhamdulillah....setelah P&P di dalam kelas mengenai wudhuk di ajar, sekarang tibalah masa untuk anak2 murid Prazamrud membuat amali. Semangat meka ini, kali ini Ustazah hanya memerhati murid2 mengambil wudhuk..
Dengan melatih selalu, harapan mereka akan ingat dan praktikkan di rumah juga...
 InsyaAllah..
 
Semua mcm tak sabar tunggu giliran...


Mikhail, 5 thn....masih perlu bimbingan tpi semangat nk amik wudhuk gak!!

Pandai dah adik Mikhail nie.....

Lily dan Putri.....masing2 dh cekap berwudhuk!!

Betis kaki sapa lah ini?..Putihnya Syarmiel...

 
 

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA HARI AIR SEDUNIA 2012

Pada 24 Mac 2012, Prasekolah Sk Sri Kerian telah menghantar 7 org murid menjadi wakil dlm pertandingan mewarna di pinggiran tepi Sungai Kerian, Parit Buntar..dan ada juga bekas anak murid kami yg thn lepas memasukinya. Alhamdulillah, ada gak yg berjaya tersenarai sbg penerima hadiah teratas. Klo tgk pd lukisan itu, mmg susah gak nk warna...tpi semangat ibu serta guru2 yg ada, meka habiskan juga mewarna lukisan tersebut...



Arif tekun mewarna...minta Cik iDa teman dia...

Semangat ibu2 yg beri sokongan pd anak2....


Aina Syamimi....cantik lukisannya!!

Hafiz....sudah siap!!!

Dua sahabat yg selalu bersama...Imna dan Nadia.

Hasil mewarna Adam dan Syarmiel...cantik gak!!


Tengok lah tu....
semangat meka nk habiskan juga walaupon dkt 2 jam!!! TAHNIAH!!

Selasa, 23 Ogos 2011

:: Pendaftaran Prasekolah Sesi 2012 ::

Assalamualaikum semua....
Kepada ibu/bapa yang masih berminat untuk mendaftar anak - anak 
ke Prasekolah Sk Sri Kerian, masih terdapat kekosongan.
Kehadiran anak - anak tuan/puan amatlah di alu- alukan
oleh pihak kami... Sekian, terima kasih!!

Khamis, 18 Ogos 2011

:: Aktiviti yang lepas ::

Assalammualaikum..

Lama sudah tidak update blog ini..sudah hampir setahun ('',)
Dari Januari sampailah ke bulan Ogos, banyak aktiviti kami yang saya 
tidak sempat
untuk berkongsi dengan kawan-kawan sekalian.

So...hari ini saya ingin tunjukkan sedikit sebanyak gambar-gambar
aktiviti yang kami telah lakukan..

Antaranya ialah  Lawatan Guru-guru Prasekolah Daerah Kerian 
dan Daerah Seberang Prai Selatan pada 01 Jun 2011,
Lawatan Sambil Belajar ke Balai Bomba Parit Buntar pada 22 Jun 2011, 
Sukaneka SK.Sri Kerian pada 23 Jun 2011, dan aktiviti harian di dalam kelas :)












Selasa, 26 Julai 2011

:: Prasksk Kini Kembali ::

Assalammualaikum..

Maaf kepada semua kawan-kawan kerana blog Prasekolah SK.Sri Kerian
sudah hampir setahun tidak di update..huhu
Bukannya apa..bila si tukang tulis blog ini sudah suam-suam kuku berblogging ('',)
Tapi..InsyaAllah selepas ini saya akan cuba update blog selalu..

Kepada semua kawan-kawan yang follow blog kami..
Salam 1Malaysia kami ucapkan..!!

Isnin, 6 September 2010

:: Yeayy!! Dah Raya ::

 Assalammualaikum..!! 
Di ruangan ini kami Warga Prasekolah SK.Sri Kerian, Parit Buntar Perak
Ingin Menyusun 40 Jari 
(jari Cikgu Normi + Cikgu Laila + Cik Puan Ika + Cik Ida)
Memohon Ampun Dan Maaf Jika Ada Salah Dan Silap, Atau Terkasar Bahasa


Kami Juga Ingin Mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR BATIN!!
Kepada Semua Cikgu2 Prasekolah dan PPM
Di Daerah Kerian, Dan Daerah2 Lain Serta Tidak Kira
Walau Dimana Anda Berada!
Semoga Anda Semua Bergembira di Hari Raya!
Pesanan Kami..Berhati2lah semasa memandu pulang ke kampung halaman
Ingatlah insan yang tersayang!! :)

Jika hati sejernih air
Jangan biarkan ia keruh
Jika hati seputih awan
Jangan biarkan ia mendung
Jika hati seindah bulan
Hiasilah ia dengan iman

Andai jemari tak kuasa berjabat
Setidaknya kata masih dapat terungkap

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

Semoga rasa Tawadhuk, khusyuk
Kesungguhan dan kefitrahan
Sentiasa melekat dan menjadi pakaian kita
Semoga amal ibadah kita diterima Allah S.W.T
Dan kita semua diberikan kesempatan untuk
Bertemu kembali dengan Ramadhan tahun hadapan

Amin..