Selasa, 17 Ogos 2010

: AKTIVITI PRAMUTIARA ::

Hari ini Cikgu Laila mengajar murid-murid cara melipat origami kapal terbang kertas. Seperti biasa Cikgu Laila kena lah buat dulu kapal terbang kertas itu sebagai contoh kepada mereka.Bila semua dah siap, kami pun membawa murid-murid ini ke tingkat atas bangunan sebelah.Dari atas mereka pun melancarkan kapal terbang masing-masing.Masa ni memang best sangat sebab dapat melihat kapal terbang siapa yang paling laju dan perlahan. Murid yang berumur 5 dan 6 tahun mampu membuat origami kapal terbang kertas mereka sendiri, tetapi murid yang berumur 4 tahun perlu dibantu oleh guru.Jomlah tengok gambar-gambar sepanjang aktiviti itu dilakukan.

                                               Okey,mula-mula sekali kena lipat kertas dulu

                                           Tengoklah muka Asyraf tu..tak reti nak buat..hehe

                                           Ayie ni kalau buat kerja tak pandang kiri kanan dah

                                                     Cikgu..cantik tak kapal terbang Am??

                                   Apsal muka boring jer budak-budak ni,tak sabar dah nak main ke?

Taraa..dah siap pun sebahagian kapal terbang mereka

Semua nak tunjuk hasil kerja masing-masing

Okey sebelum kita main mari ambil gambar dulu..senyumm!!

Yeaay!! kapal terbang pun di lancarkan!alamak tak nampak pula kepala anak-anak ni,
maklumlah kecik sangat..hehe

Mana kapal terbang saya..cepat kutipp!!

Besar nanti saya nak jadi pilot la!! agaknya itulah yang dikatakan oleh Ayie!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan