Rabu, 18 Ogos 2010

:: PERIKSA MATA & SAMBUTAN HARI LAHIR ANIQ HAMIZAN ::

Haii..Assalammualaikum kawan-kawan :)
Nak tahu tak? semalam saya terjumpa kembali gambar-gambar ini. Ini adalah gambar semasa misi-misi di Klinik Pergigian Hospital Parit Buntar datang ke Prasekolah kami untuk membuat pemeriksaan kesihatan pada 11 Mac 2010. Seramai empat orang misi yang cantik dan ramah mesra itu telah memeriksa semua anak-anak murid kami. Mereka memeriksa mata,telinga,kuku,kepala (nak chek ada kutu ke takda..hehe) alat sulit budak lelaki dan tak lupa juga memberi murid-murid yang berumur enam tahun minum ubat cacing. Tengoklah aksi-aksi menarik di bawah ini. Seperti biasa cikgu-cikgu pun tumpang posing sama..hehe 




Anas Firdaus tengah chek mata..nampak tak??

nampak tak itu huruf apa???

Giliran Adam dan Irfan pulak check mata

wajah suspend dan ceria menunggu giliran

Dari kiri: hai nama saya Adam Akram! kanan: Kimi murid 4thn yang manja

Wajah anak-anak kami yang kuat makan! hehe
atas tu gambar Irfan tengah chek 'anu',yg bawah tu pula gambar Danish tgh minum ubat cacing

senyummm..!! alahhh..gambar sebelah kiri tu tangan Kimi dh tutup muka Cikgu Ika laa..

 Misi tengah suap Arsyraf dan Alimin minum ubat cacing!aik Cikgu Laila dan Cikgu Ida tgk
mcm nak jugak jer..hehe

Sebahagian wajah anak-anak kesayangan kami!

~ SAMBUTAN HARI LAHIR MOHD ANIQ HAMIZAN, MURID KELAS PRAZAMRUD ~

Pada 10 Ogos 2010, sehari sebelum kita semua menyambut Bulan Ramadhan yang lepas, telah diadakan sambutan hari lahir Mohd Aniq Hamizan bin Sukri yang ke-6 tahun. Mohd Aniq merupakan anak salah seorang guru di SK.Sri Kerian iaitu Teacher Rozaini. Sambutan hari lahir itu disambut dengan penuh kegembiraan kerana anak-anak prasekolah cukup teruja melihat kek Ultraman  Daina yang ditempah oleh mama Aniq! sedaaappp...
Sebenarnya gambar banyak lagi tapi dalam kamera mama Aniq la pulak! Ini jer yang ada..

Inilah kek Ultraman Daina yang sangat sedappp..menjilat jarii~!!

Kasih cikgu..Aniq bersama dengan Cikgu Laila

Kawan-kawan dah tak sabar nak mkn kek..tudia Alya Batrisya..licin pinggan!

Gambar waktu makan..nyumm..nyummms!!

Orang kuat dapur SK.Sri Kerian

Makan puas-puas yer..esok puasa dah!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan